fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di Perlis, sebahagian Kedah sehingga esok

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan sebahagian Kedah sehingga esok.

Amaran dikeluarkan menerusi laman sesawang MetMalaysia pada pukul 11.45 pagi tadi.

Kawasan di Kedah melibatkan sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

(MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada
di seluruh Perlis dan sebahagian Kedah sehingga esok)

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Media Baharu