fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di Perlis dan Kedah

KUALA LUMPUR, 24 September - Amaran hujan berterusan pada tahap waspada di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, hari ini dan esok.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, di Kedah kawasan terjejas termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Dalam kenyataan berasingan MetMalysia memaklumkan angin baratan dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung Malaysia dalam tempoh hingga esok.

"Situasi itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang, di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan," menurut kenyataan MetMalaysia itu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu