fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu hingga Isnin

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan kategori buruk di Pahang dan Johor sehingga Isnin (29 Disember).

Met Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bagi Pahang ia akan melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor, ia melibatkan Mersing.

Sementara itu amaran hujan berterusan kategori waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang dan Kota Tinggi).

Bagi amaran ribut petir pula ia melibatkan Melaka, Perak (Batang Padang) serta Pahang (Cameron Highlands dan Lipis). Di Negeri Sembilan, ia melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Batu Pahat dan Pontian.

Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi Sarawak, melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan) serta Limbang. Di Sabah, ia meliputi kawasan pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI