fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di Kudat dan beberapa kawasan di Sandakan, hari ini

FOTO MetMalaysia


KUALA LUMPUR, 6 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan kategori waspada berlaku Rompin, Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi, Johor bermula esok hingga Selasa.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, amaran hujan berterusan diramal berlaku hari ini di dua daerah di Sabah iaitu Kudat dan beberapa kawasan di Sandakan.

"Kawasan terbabit di Sandakan ialah Telupid, Kinabatangan dan Beluran," menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Baru-bari ini MetMalaysia memaklumkan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka berlaku terutama di negeri pantai timur semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah susulan fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November tahun lepas, dijangka beterusan hingga Mac ini.

 

Media Baharu