fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di beberapa negeri sehingga Selasa depan

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di beberapa negeri bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Menurut laman sesawang MetMalaysia, negeri terlibat ialah seluruh Kelantan dan Terengganu, selain beberapa daerah di Pahang dan Johor.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Manakala di Johor, hujan berterusan dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

(Amaran hujan berterusan dijangka berlaku bermula hari ini sehingga 20 Disember di
Kelantan, Terengganu, dan beberapa daerah di Pahang dan Johor)

Amaran hujan berterusan kategori waspada dikeluarkan apabila hujan berterusan dalam tempoh satu hingga tiga hari.

Ia juga bagi memberi amaran hujan berterusan atau ribut petir sedang berlaku tetapi belum mencapai peringkat amaran buruk.

Media Baharu