fb fb fb fb fb

Bot karam, lima nelayan Indonesia selamat

(FOTO RTM)

KOTA TINGGI, 17 Disember-Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan lima nelayan warga negara Indonesia selepas bot dinaiki hanyut dan melanggar sebuah kapal, sebelum karam.

Kejadian berlaku di 5.3 batu nautika timur Tanjung Lompat, Kota Tinggi, Johor, kira-kira 5.30 pagi semalam

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dalam satu kenyataan berkata dua buah bot penyelamat APMM digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

(Bot nelayan Indonesia yang karam selepas melanggar kapal MT Alantica
Breeze/ FOTO RTM)

Katanya, Kejadian dipercayai berpunca daripada cuaca buruk menyebabkan bot nelayan berkenaan hanyut dan melanggar kapal MT Atlantica Breeze yang sedang bersauh.

Kesemua nelayan termasuk tekong berusia antara 30 hingga 43 tahun bertindak terjun ke laut, sebelum diberi bantuan kru kapal dan bot nelayan berdekatan.

Dua daripada mangsa yang cedera dibawa ke ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili untuk rawatan susulan

Media Baharu