fb fb fb fb fb

Amaran angin kencang, laut bergelora

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang melibatkan beberapa kawasan perairan negara sehingga Rabu ini, 23 Julai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, angin kencang barat berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan sehingga Ahad ini.

Di bawah kategori kedua, angin kencang barat berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak mencecah 3.5 hingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Phuket, utara Reef North dan Palawan.

Selain itu, beberapa kawasan lain yang juga dalam Kategori Pertama termasuk Selat Melaka Utara, Utara Condore, Selatan Reef North, perairan Layang-Layang, Labuan dan Sulu, hingga 23 Julai.

Orang awam, nelayan, pengusaha pelancongan dan pengendali perkhidmatan laut dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca serta amaran rasmi dari MetMalaysia dari semasa ke semasa.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN