fb fb fb fb fb

Aliran trafik di kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar sesak dari Singapura

Keadaan di laluan masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada hari ini sedikit lancar

JOHOR BAHRU, 9 Februari- Keadaan di laluan masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada hari ini lancar walaupun mengalami kesesakan pada lewat petang tadi.

Ketua Imigresen BSI Adam Abu Hanipah memaklumkan, jumlah kenderaan bertambah pada petang tadi namun terkawal dengan penglibatan kira-kira 270 anggota pada setiap penggiliran kerja.

"Sebanyak 35 kaunter masuk bagi kereta dibuka setiap hari, manakala 18 kaunter bagi bas.

"Turut dibuka 28 kaunter MBike bagi penunggang motosikal," kata Adam Abu Hanipah.

Kompleks CIQ di BSI menerima kira-kira 260,000 pengunjung setiap hari.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI