KUALA LUMPUR, 24 Oktober-Tanggungjawab penganjur, peserta perhimpunan dan pasukan polis komponen penting dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata kebebasan bersuara dibolehkan sekiranya ia dilakukan mengikut batas-batas yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ia dibolehkan sekiranya tidak menyentuh perkara seperti soal hak, taraf dan kedudukan
"Daripada segi undang-undang lain seperti saya sebut semalam. Jawapan pada kanun keseksaan, Akta Hasutan 48, Akta Komunikasi dan Multimedia, bermaksud perlembagaan dan akta tersebut dianggap sudah memadai dalam perkara menguruskan sesuatu perjalanan perhimpunan awam," kata Saifuddin ketika menjawab soalan daripada wakil Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat, di sini.