fb fb fb fb fb

AKAS cecah usia Jubli Emas, pelihara kelestarian alam untuk generasi baharu

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) menyambut Jubli Emas yang ke-50 pada tahun ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata akta yang diwartakan pada 15 Mac 1974 telah dipinda sebanyak tujuh kali sepanjang tempoh 50 tahun untuk memberi ruang penambahbaikan demi kelestarian alam sekitar.

"Hukuman kita telah pun buat pindaan baru-baru ini, yang mana ia akan tingkatkan aspek hukuman. Misalnya, denda maksimum kalau dulu RM100,000, sekarang ada sampai RM10 juta."

"Hukuman penjara, kalau setahun, ada sampai 15 tahun. Ada hukuman penjara mandatori juga," kata Nazmi kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Alam Kita yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara.

Karnival yang berlangsung selama dua hari ini merupakan lambang komitmen kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang mahu memastikan khazanah alam hari ini kekal lestari untuk generasi akan datang.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM