fb fb fb fb fb

Pengecualian visa, Perak pergiat usaha promosi TMP 2024

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee

BATU GAJAH, 23 Jun- Perak kini giat mempromosikan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 bagi menarik lebih ramai pelancong dari negara itu datang ke Malaysia.

Usaha itu diperkasa dengan pengecualian visa kepada pelancong China.
 
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee berkata usaha itu termasuk mengadakan perbincangan dengan pemain industri di China mengenai mekanisme sesuai bagi menarik pelancong dari negara itu.
 
"Selepas ini, kita akan bersama Tourism Malaysia jangkaan kita dalam hujung bulan Ogos hujung atau awal bulan September. Perancangan awalnya adalah bulan Ogos."

"Kita akan bersama dengan Tourism Malaysia untuk bergerak ke kawasan-kawasan yang sudah kita senaraikan dalam mempromosi pelancongan di negeri Perak," kata Loh kepada pemberita selepas merasmikan Taman Didik Hibur Dinosaur Encounter World: Area 65 bagi fasa ketiga di Silverlakes Village Outlet, di Batu Gajah.
 
Menerusi kenyataan bersama, kedua-dua negara menyokong usaha berterusan berhubung pengecualian visa bagi memupuk serta mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir tahun 2025 manakala Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga akhir tahun 2026.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM