fb fb fb fb fb

Akademi Bahas MADANI, dilaksana berperingkat di SBP tahun depan

Foto

PARLIMEN, 4 September- Akademi Bahas MADANI akan dilaksanakan secara berperingkat ke semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula tahun depan.

Langkah itu sebagai usaha melatih lebih ramai pembahas berkualiti sekali gus melahirkan pemimpin masa depan yang berfikiran kritis, berintegriti dan berkepemimpinan tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata pelaksanaan peringkat pertama akan melibatkan 38 SBP dengan kerjasama alumni pembahas Pertandingan Piala Perdana Menteri peringkat kebangsaan.

“Sinergi ini diwujudkan melalui penyediaan latihan komprehensif dan berstruktur kepada murid SBP.

KPM turut menjalin kerjasama erat dengan institut pendidikan tinggi (IPT) serta Dewan Bahasa Pustaka (DBP) demi memastikan Akademi Bahas MADANI dilaksanakan secara mantap, berkesan dan memberi impak meluas kepada murid di seluruh negara," kata Wong di Dewan Negara, hari ini.

Tambah beliau, Akademi Bahasa MADANI juga berpotensi menjadi pusat rujukan serantau dalam bidang perbahasan dan mampu mengangkat martabat pendidikan negara ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Awang Sariyan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM