KUALA LUMPUR, 26 Mac – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) melancarkan kempen ‘Raya Mestilah ONZ!’ bermula 14 Februari hingga 15 April depan.
Menerusi kempen itu, pengguna produk berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai keseluruhan RM38,800.
"Kempen ini menawarkan hadiah utama berupa baucar emas bernilai RM6,000, diikuti tiga pemenang tempat kedua masing-masing membawa pulang baucar emas RM4,000.
"Manakala lima pemenang tempat ketiga bakal menerima baucar emas bernilai RM2,000 setiap seorang," menurut syarikat itu kepada RTM.
Tambah syarikat terbabit, seramai 12 pemenang mingguan juga akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100, selain bonus 500 Smart Points untuk setiap penyertaan.
"Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM15 dalam satu resit melibatkan mana-mana produk Ajinomoto, kemudian ambil gambar resit dan hantar melalui WhatsApp ke +6014-914 7118 atau menerusi laman web smartcooking.com.my," katanya.

AMB turut memeriahkan suasana Ramadan dengan program Pak Aji Terjah Bazar di tiga lokasi bazar sekitar Kuala Lumpur.
Pengunjung pada program itu berpeluang menyertai pelbagai kuiz, aktiviti menarik dan dapat mengetahui secara lebih lanjut mengenai kempen ‘Raya Mestilah ONZ!’.
"Untuk mengikuti kemeriahan ini, orang ramai boleh layari laman TikTok rasmi di @ajinomoto_my_foodie, menurut kenyataan sama.
Dalam pada itu, AMB juga memperkenalkan Set Raya Istimewa pada harga RM15.50 yang turut dilengkapi dengan Sampul Raya edisi terhad.
Set tersebut boleh didapati menerusi Ajinomoto My Shopee, Lazada, dan laman smartcooking.com.my.
"Orang ramai disaran tidak melepaskan peluang untuk meriahkan Aidilfitri kali ini dengan sajian enak, ganjaran lumayan serta tawaran eksklusif daripada Ajinomoto."
Artikel ini dibawakan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad.
