fb fb fb fb fb

Hubungan Malaysia-Rusia saling melengkapi - PM

Malaysia tidak abai hubungan dengan rakan stategik lain

KAZAN, 17 Mei - Hubungan Malaysia-Rusia tidak harus dilihat sebagai permainan sifar, sebaliknya perlu saling melengkapi.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan lawatan rasmi beliau selama empat hari ke Rusia.

Usaha memperkukuh hubungan dengan Rusia tidak bermakna Malaysia perlu mengabaikan rakan lain termasuk Amerika Syarikat.

"Semuanya berlangsung serentak dengan lawatan ini adalah libat urus di Washington, D.C. Sementara itu, hubungan dengan Rusia telah terjalin sejak beberapa dekad lalu. Namun, demi melindungi kepentingan Malaysia, kita perlu meluaskan dan mengembangkan lagi pasaran serta kerjasama perdagangan kita memandangkan Malaysia ialah sebuah negara perdagangan," jelasnya.

Tambahnya, Malaysia juga akan terus menyambut baik pelaburan dari Amerika Syarikat, termasuk cadangan peluasan operasi beberapa syarikat teknologi.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN