Malaysia tetap teruskan kerjasama strategik dengan Rusia meski ditekan tarif – PM

KAZAN, 17 Mei – Malaysia tegaskan pendirian untuk terus menjalin kerjasama strategik dengan Rusia, meskipun berdepan tekanan tarif dan sekatan unilateral oleh kuasa besar Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai negara perdagangan yang berdikari, Malaysia tidak tunduk kepada sekatan yang tidak dipersetujui secara bersama di peringkat antarabangsa.

“Jika sekatan dikenakan oleh agensi pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu, sudah tentu kita menghormatinya. Tetapi jika ia merupakan tindakan unilateral oleh mana-mana negara secara individu, adalah sukar bagi kita sebagai sebuah negara berdikari untuk terus mematuhi komitmen yang ditetapkan oleh kerajaan-kerajaan lain,” katanya.

Keutamaan Malaysia adalah untuk melindungi kepentingan ekonomi, termasuk meneroka potensi dalam bidang agrokomoditi, teknologi, pendidikan dan industri halal.