fb fb fb fb fb

Ajinomoto semarak Ramadan dengan hidangan sahur sihat bersama Seri-Aji

Program "Sama-Sama BerSeri-Aji® PPR", mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di PPR Seri Semarak dan PPR Kerinchi baru-baru ini/Foto Ajinomoto (Malaysia) Berhad

KUALA LUMPUR, 21 Mac –Prihatin terhadap keperluan masyarakat beragama Islam untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menerusi jenama Seri-Aji® terus komited menyokong gaya hidup sihat dengan memperkenalkan hidangan sahur lebih berkhasiat, mudah dan lazat.

Seiring usaha memupuk amalan pemakanan sihat, AMB telah menganjurkan program komuniti "Sama-Sama BerSeri-Aji® PPR" yang menghimpunkan lebih 300 penduduk dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan PPR Kerinchi.

Program itu bukan sahaja menceriakan suasana Ramadan, malah turut mengeratkan hubungan komuniti melalui pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan oleh Chef Nur Farihin.

"Inisiatif ini bertujuan menggalakkan amalan bersahur dengan hidangan berkhasiat, pada masa sama mengeratkan hubungan komuniti menerusi pelbagai aktiviti menarik. Individu yang hadir menerima beg hadiah eksklusif serta berpeluang menyertai sesi rasa makanan, aktiviti memasak yang menyeronokkan, dan cabutan bertuah.

"Sementara itu, kanak-kanak turut berseronok dengan pelbagai permainan interaktif," menurut AMB menerusi kenyataan.

Sebagai tambahan, sebanyak 15,000 set hadiah turut diedarkan kepada 10 komuniti PPR lain sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada rakyat Malaysia sempena musim perayaan ini.

Menariknya, AMB turut melancarkan Peraduan Beli & Menang "Bersahur Bersama Seri-Aji®: Sahur Seribu Kebaikan", yang menawarkan jumlah hadiah bernilai RM20,000 termasuk jongkong emas dan kredit e-dompet Touch ‘n Go.

Melalui penyertaan peraduan ini, RM1 akan disumbangkan ke Tabung Amal bagi setiap penyertaan diterima.

"Usaha ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan tetapi juga menggalakkan rakyat Malaysia menikmati sahur yang lebih berkhasiat dan mudah.

"Kami juga bekerjasama dengan KOL untuk berkongsi idea resipi mudah, di mana setiap perkongsian video akan menyumbang kepada tujuan ini," katanya.

Bagi menyertai, pengguna hanya perlu membeli produk Seri-Aji® bernilai RM8 dan ke atas dalam satu resit, serta menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp ke +6016-363 0118 atau mengisi borang dalam talian di smartcooking.com.my.

Sebagai syarikat yang telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1961, AMB terus menyasarkan untuk menjadi Syarikat Makanan Halal Global yang Mengutamakan Pelanggan, seiring aspirasi menyumbang kepada kesejahteraan rakyat melalui produk dan penyelesaian inovatif.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan produk AMB, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi di www.ajinomoto.com.my.

Artikel ini dibawakan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

GRACE AISYAH KEDAYAN