fb fb fb fb fb

Ajaran sesat di utara Perak berasal dari negeri jiran- Ketua Polis Perak

 
KUALA KANGSAR, 13 Februari- Kegiatan penyebaran ajaran yang menyalahi akidah di Perak digerakkan oleh satu kumpulan yang berasal dari negeri jiran.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridaltrash Wahid mengesahkan kumpulan terbabit membuat penempatan di Muallim, Perak.

Namun, jelas beliau butiran lanjut tidak boleh diperincikan berikutan siasatan tersebut dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

"Ada satu kumpulan kita telah kenal pasti di utaraPerak, Muallim, kumpulan ini sebenarnya bergerak dari negeri lain."

"Kita tunggu komen JAIPk,tidak adil untuk saya komen pasal siasatan dibuat oleh agensi berkenaan," kata Mior.

Beliau berkata demikian pada acara berbasikal Kayuhan Reunion Cliffordian di Kuala Kangsar, Perak.

Sebelum ini media melaporkan bahawa JAIPK telah mengesan penyebaran ajaran meragukan oleh pihak tertentu di negeri berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, ajaran meragukan itu berselindung atas faktor ekonomi bagi mengembangkan pengaruhnya.

Media Baharu