fb fb fb fb fb

AirAsia tawar tambang rendah tetap Tahun Baharu Cina

SEPANG, 28 Disember- Istimewa sempena Tahun Baharu Cina, AirAsia menyediakan 52 penerbangan tambahan dengan tambang rendah tetap dari 17 hingga 30 Januari 2023.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia membabitkan perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Tempahan untuk lebih 25,000 tempat duduk tambahan, mula dibuka hari ini.

"Saya pasti ini merupakan berita baik kepada ramai penumpang yang berharap untuk pulang ke kampung pada Tahun Baharu Cina.

"Dan inisiatif ini bukan sahaja untuk Tahun Baharu Cina, kerajaan juga berharap syarikat penerbangan menyediakan inisiatif seperti ini untuk hari raya, hari gawai dan kaamatan.

(Anthony Loke)

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman tambang rendah tetap Sempena Tahun Baharu Cina di KLIA 2, di sini hari ini.

Syarikat penerbangan tambah rendah itu menawarkan harga tiket RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri.

Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pula pada harga RM249 ringgit sehala dengan semua tempat duduk tersedia untuk tempahan mulai hari ini.

Media Baharu