fb fb fb fb fb

Air Sungai Tembeling melimpah, banjir di Jerantut


JERANTUT, 25 Februari - Kampung Bantal, Ulu Tembeling di Jerantut dilanda banjir buat kali kedua tahun ini susulan hujan lebat berterusan selama tiga hari.

Air Sungai Tembeling mula melimpahi kawasan perkampungan kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Penduduk Kampung, Jamizan Rasid ketika dihubungi berkata, "siren amaran awal telah berbunyi supaya penduduk bersiap sedia dan waspada."

Katanya, banjir berlaku apabila paras air di kawasan hulu Sungai Tembeling dan Sungai Gusai dinaiki air dan melimpah ke kawasan dataran kedai dan rumah yang dibina di pesisir sungai tersebut.

Sementara itu, penduduk Kampung Bantal, Jamizan Rasid berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air begitu cepat naik ke tebing bersama batang kayu,ranting, daun serta sampah.

Media Baharu