fb fb fb fb fb

Kerajaan menetapkan sasaran kelajuan purata liputan internet capai 35 megabit sesaat,menjelang akhir tahun hadapan

(Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas sesi sembang santai bersama usahawan MDEC di Zarith Sofhia Cafe Kampung Kongkong, Masai hari ini)

JOHOR BAHRU, 25 Februari - Kerajaan menetapkan sasaran, kelajuan purata liputan internet di seluruh negara, perlu mencapai 35 megabit sesaat,menjelang akhir tahun hadapan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, penanda aras minima bagi kelajuan internet, perlu tidak kurang daripada 20 megabit sesaat.

Bagi mencapai sasaran tersebut, syarikat telekomunikasi terlibat perlu memainkan peranan, segera menaiktaraf peralatan di menara – menara sedia ada, bagi memberikan liputan internet memuaskan.

"Banyak kawasan saya telah lawati terutamanya di FELDA Kahang, 2 TELCO, hanya 10 ke 12 megabit per saat, terdapat banyak tawaran pakej kad sim semasa kempen waktu jual kad sim, jadi terdapat banyak pengalaman pengguna"

"Saya tidak menyalahkan orang ramai sebab memang betul saya telah semak banyak tempat, haritu saya pergi ke Cameron Highland, keadaan yang sama iaitu kelajuan 8 – 9 megabit per saat, " kata Annuar semasa menghadiri Jelajah Saya Digital Sembang Santai Keluarga Malaysia di sini.

Pihaknya telah membekalkan peralatan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan audit dan pemeriksaan keatas
kelajuan internet di seluruh negara.

Program tersebut mengintegrasikan bantuan dan dana – dana disediakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dibawah satu jenama, Saya Digital.

Ia bertujuan mempergiat proses digitalisasi dikalangan komuniti perniagaan, seluruh negara.

Media Baharu