fb fb fb fb fb

Air pasang: Lebih 300 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Disember- 1,589 orang terdiri daripada 355 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pitas, Kota Belud dan Sandakan.

Fenomena Air Pasang Besar di Sabah yang diramal berlanjutan sehingga esok itu melibatkan Daerah Kota Kinabalu, Pitas, Sandakan, Kota Belud, Tuaran dan Kudat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menerusi kenyataan media memaklumkan, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada sehingga 28 Disember.

Fenomena itu melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat Sandakan, (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Daerah Kudat.

Berhubung perkembangan fenomena air pasang besar di Daerah Sandakan, satu PPS telah diaktifkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1 dan 2 bagi menempatkan 686 penduduk terjejas dan 122 orang Ketua Isi Rumah.

(1,589 orang terdiri daripada  355 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara
(PPS) di daerah Pitas, Kota Belud dan Sandakan)

Musibah yang berlaku pada 24 Disember lalu itu menjejaskan 864 buah rumah manakala, 108 buah rumah lagi, roboh.

Datuk Armizan turut berkesempatan melawat kawasan terjejas akibat fenomena air pasang besar tersebut di Kampung Forest, Kampung Tinusa 2 dan PPS SK Sg. Anib 2.

Media Baharu