fb fb fb fb fb

Lebih RM3 juta diperuntuk bagi projek ternakan seluruh negeri

IPOH, 27 Disember- Lebih RM3 juta diperuntukkan kepada 237 belia di negeri Perak dari tahun 2015 sehingga kini di bawah Program Agropreneur Muda (AGM) bagi projek-projek ternakan di seluruh negeri tersebut.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata ia merupakan usaha dan inisiatif kerajaan negeri untuk dimanfaatkan golongan berkenaan bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan produktiviti usaha ternak.


(Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun)

"Jabatan Pertanian Negeri Perak membuka peluang kepada usahawan atau petani untuk menyertai program Agropreneur Muda yang mana usahawan tersebut boleh mendapatkan bantuan atau insentif sehingga RM20 bagi setiap orang, 34 tajuk kursus dilaksanakan melibatkan teknikal tanaman, pemprosesan makanan dan kejuruteraan Pertanian, seramai 1,020 peserta kursus sepanjang tahun 2022,"katanya di sini.

Tambahnya selain insentif, jabatan juga menyediakan peluang latihan kepada golongan ini meliputi kemahiran pengurusan ladang dan pendedahan kepada teknologi ternakan sebagai langkah mempertingkatkan keupayaan produktiviti mereka.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.


Media Baharu