fb fb fb fb fb

Air pasang besar di Kedah, pemantauan berkala di lokasi berisiko

SUNGAI PETANI, 28 September- Pantai Kota Kuala Muda dan Pantai Tanjung Dawai merupakan dua daerah di Kedah yang dijangka mencatat ketinggian paras air pasang 2.9 meter, iaitu paras tinggi, esok berikutan fenomena air pasang besar.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata pihaknya melakukan pemantauan berkala di kawasan penempatan berisiko.

Justeru beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana situasi terkawal.

"Hasil pemantauan sehari dua ini masih keadaan biasa, macam bulan lepas setiap kali sebulan ada air naik jadi kita hantar petugas. Setakat ini tiada kenaikan air, ia tidak menyebabkan kemusnahan harta benda dan mengancam keselamatan orang awam tetapi kita tetap sentiasa melakukan pemantauan," katanya.


(Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub)

Beliau berkata demikian selepas menyelusuri dan memantau kawasan berisiko berlaku banjir di sepanjang Sungai Merbok, Sungai Petani.

Di daerah Kuala Muda, kawasan penempatan yang dijangka berlaku kenaikan tinggi air pasang, masing-masing di Mukim Kuala, Mukim Bukit Meriam dan Mukim Merbok, manakala di Kota Setar, jeti Kuala Kedah, Pantai Marina Kota Nelayan dan Jalan Tok Pasai.

Nelayan juga dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dan tidak turun ke laut jika keadaan tidak selamat bagi bot-bot kecil.



Media Baharu