fb fb fb fb fb

Air berwarna, Kerajaan Negeri Perak tunggu laporan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 5 November - Kerajaan Negeri Perak menunggu laporan penuh daripada jabatan teknikal sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian air berwarna yang tular baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata beberapa jabatan terlibat telah diarahkan menjalankan siasatan segera.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati terdapat kematian ikan di kawasan terlibat, menandakan kemungkinan berlakunya pencemaran.

"Bila kita dapat berita itu saya telahpun minta ss sendiri dan ketua-ketua jabatan berkaitan untuk mengambil perhatian dan pergi buat siasatan. Jadi saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga jabatan-jabatan berkaitan membuat kajian dan ada dapatan mereka", katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Program Jelajah Taat Setia MADANI di Ipoh Convention Center, Ipoh.

Mengulas lanjut beliau berkata laporan penuh dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat EXCO Negeri esok, sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

ROSLINA BINTI DIN