fb fb fb fb fb

AIPA perlu jadi rakan penting, jayakan agenda pembinaan Komuniti ASEAN

Foto myasean 2025

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) perlu menjadi rakan penting untuk menjayakan agenda pembinaan Komuniti ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata AIPA berperanan dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan ketahanan rantau, sekali gus merealisasikan hasrat rakyat.

"Apabila negara ASEAN maju ke fasa seterusnya untuk pembinaan komuniti, AIPA akan menjadi rakan penting, memudahkan merealisasikan aspirasi rakyat, memacu kemajuan merentasi tiga tonggak utama ASEAN dan meningkatkan kesediaan ASEAN," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian pada sesi AIPA yang berlangsung sempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Menurut Perdana Menteri, parlimen dan kongres sesebuah negara berada di barisan hadapan dalam mempromosikan pertumbuhan inklusif dan membina komuniti ASEAN yang mampan.

Sekali gus memberi impak besar kepada rundingan dan pembuatan dasar serantau.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID