fb fb fb fb fb

AIM umum peruntukan RM50 juta kepada usahawan wanita India

Foto FB Menteri

PETALING, 13 April- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan dana khas berjumlah RM50 juta untuk sahabat usahawan wanita berbangsa India.

Pengumuman itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk sahabat usahawan berbangsa India adalah sebanyak RM71.4 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata dana baru itu dijangka akan memberi manfaat kepada 10,200 orang sahabat usahawan India baru dan juga yang sedia ada.

"Hari ini kita telah umumkan P.E.N.N (Prosperity, Empowerment & with a New Normal) dan P.E.N.N ini akan memberikan peluang untuk wanita India seluruh negara berumur 18 tahun ke atas untuk dapat pinjaman bermula daripada RM30,000."

"Ia khas untuk yang betul-betul memerlukan, untuk golongan B40, miskin tegar seperti amanat YAB Perdana Menteri kita ingin, iaitu menoktahkan serta membasmi kemiskinan tegar," kata Datuk Ramanan kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Dana Khas Pemerkasaan Wanita India di Bandar Sri Damanasara.

Permohonan peruntukan dana khas itu dibuka bermula 15 April nanti di 124 cawangan AIM seluruh negara menerusi program khas iaitu Prosperity, Empowerment and A New Normal (P.E.N.N).

Syarat utama mereka yang layak, mestilah warganegara Malaysia, berbangsa India dan untuk kaum wanita sahaja.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM