fb fb fb fb fb

AI pemacu transformasi sistem tenaga global

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Bersih ke-16 (CEM16) dan Misi Inovasi ke-10 (MI-10) di BEXCO di Busan hari ini/Foto Facebook Fadillah Yusof

BUSAN, 26 OGOS - Kecerdasan Buatan (AI) kini bukan lagi sekadar konsep teori, sebaliknya realiti yang sedang mengubah cara perancangan, pengurusan dan transformasi sistem tenaga global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, AI mempunyai potensi besar meningkatkan kecekapan dalam menguruskan integrasi tenaga boleh baharu.

“AI memerlukan pusat data, pusat data pula memerlukan tenaga. Bila AI wujud, kita dapat menjana tenaga dengan lebih cekap dan pada masa sama menyampaikannya kepada pengguna secara lebih fokus dan efisien. Inilah keseimbangan yang kita mahu capai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Bersih ke-16 (CEM16) dan Misi Inovasi ke-10 (MI-10) di BEXCO hari ini.

Fadillah berkata pertumbuhan pesat pusat data dan aplikasi berasaskan AI menuntut bekalan elektrik yang lebih lestari bagi menyokong keperluan tenaga masa hadapan.

Katanya lagi, sekiranya diurus secara bertanggungjawab, AI boleh menjadi pemacu kepada peralihan tenaga bersih.

Manakala tenaga lestari pula menjadi asas kepada pertumbuhan teknologi AI.

“Malaysia komited bekerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa untuk merealisasikan peluang ini, demi memastikan pembangunan tenaga dan teknologi berjalan seiring secara mampan,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN