fb fb fb fb fb

Ahli perniagaan dipenjara 3 bulan dan denda

(Tertuduh, Reduan Mahamood, 58 tahun mengaku bersalah)

KAJANG, 21 November- Video seorang lelaki yang tular di media sosial kerana memukul dan menendang isterinya dipenjara selama tiga bulan dan denda RM2,000 atas dakwaan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan tambahan hukuman penjara selama sebulan.

Tertuduh, Reduan Mahamood, 58 tahun mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan pada 14 November lalu di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Ahli perniagaan itu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Adrina Mohd. Ariff, 45 tahun, dengan cara memukul dan menendang mangsa menggunakan tangan serta kaki.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu tular pada 17 November lalu dirakam oleh seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.

Seorang kanak-kanak perempuan menangis juga terlihat dalam rakaman itu sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu terbabit.

(Mahkamah Kajang)

Media Baharu