KUALA LUMPUR, 21 Februari- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima watikah pelantikan lima ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara.
Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Mesaad Ibrahim Ibn Abdullah Al Sulaim dari Arab Saudi, Rashed Sayyid Mohammed Sayyid Rashed Sayyid Saleh (Kuwait) dan Axel Cruau (Perancis).
Selain itu, Hassan Abdelsalam Omer dari Sudan dan Salah Mohamed Al-Sorour (Qatar).
Hadir sama pada istiadat itu ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Cheong Loon Lai.
(Foto Bernama)