KUALA LUMPUR 30 Oktober - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di ibu negara.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.
Pertemuan itu mencerminkan hubungan erat dan semangat kerjasama berterusan antara Seri Paduka Baginda dan kerajaan dalam urusan pentadbiran negara.