KUALA LUMPUR, 9 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu.
Ucapan tersebut dizahirkan menerusi laman Instagram "OfficialSultanIbrahim" dan Facebook "Sultan Ibrahim Sultan Iskandar".
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini akan terus mengukuhkan lagi perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.