KUALA LUMPUR, 22 April- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Santapan, Istana Negara.
Baginda berdua diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kira-kira pukul 10.10 pagi.
Turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Fahmi Fadzil dan keluarga.
(Foto fail)
Baginda berdua kemudian berkenan bersantap bersama anggota Kabinet Kerajaan, kerabat, dif kenamaan utama dan duta asing.
Kira-kira 2,000 hadirin yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat serta komuniti orang asli turut memeriahkan majlis itu.
Majlis santapan berkenaan dijadual berlangsung sehingga pukul 2.00 petang ini.