KUALA LUMPUR, 13 Mac-Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaan merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oskar) Ke-95.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada aktres kelahiran Ipoh itu.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan sukacita dan bangga atas kejayaan itu, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Aktres berusia 60 tahun itu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi filem lakonannya dalam filem 'Everything Everywhere All At Once'.
Michelle menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem 'Mrs Harris Goes to Paris', Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
(Tan Sri Michelle Yeoh memenangi Oscar menerusi lakaonan di filem 'Everything
Everywhere All At Once'/ Foto AFP)