fb fb fb fb fb

Agong perkenan kurnia surat cara pelantikan kepada dua hakim



KUALA LUMPUR, 3 Februari-
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara.

Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan manakala Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pula dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Istiadat tersebut dihadiri oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mohamad Zabidin sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pada 28 Julai 2006 sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 26 November 2018.

Mohd Nazlan pula pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mulai 10 April 2015 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Januari 2017.

Media Baharu