fb fb fb fb fb

Agong nasihat rakyat dan ketua parti-parti politik hormat proses demokrasi

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 November- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah turut menasihati rakyat dan ketua parti-parti politik untuk akur dan menghormati proses demokrasi serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan tenang serta berlapang dada demi menjaga keutuhan negara.

Titah baginda "Negara ini umpama harta pusaka, para pemimpin adalah pemegang amanahnya".

"Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan berintegriti untuk menjaga kemaslahatan rakyat dan memacu agenda kesejahteraan negara,”.

Yang di-Pertuan Agong mengajak rakyat untuk bersama-sama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu ini dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan dan kemakmuran negara.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan rakyat untuk mendoakan semoga Malaysia dirahmati, diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

PRU15 semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (73), manakala Barisan Nasional (30).

Majoriti mudah bagi membentuk sebuah kerajaan adalah 112 kerusi.

(Istana Negara)

Media Baharu