fb fb fb fb fb

PAS sapu bersih 14 kerusi Parlimen, ikrar beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat

(FOTO HIASAN)

KOTA BAHRU, 20 November - Perikatan Nasional (PN) Kelantan menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen, termasuk merampas tiga kerusi Parlimen yang dimiliki Barisan Nasional (BN) iaitu di Gua Musang, Ketereh dan Machang.

Pengerusi PN Negeri, Datuk Ahmad Yakob berkata kemenangan besar itu menandakan gelombang luar biasa sekali gus berikrar akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

(Datuk Ahmad Yakob)

"Di kesempatan ini juga saya memohon dan menyeru kepada semua penyokong menyambut kemenangan ini dengan penuh syukur, penuh sabar, tidak menunjukkan suasana yang boleh menimbul kekeruhan dan sebagainya," katanya.

Sementara itu di Terengganu, kemenangan PN di negeri itu dengan menyapu bersih kesemua kerusi Parlimen menterjemahkan tsunami anak muda yang mahu perubahan iklim politik negara.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata anak muda kini beralih dan mahukan pentadbiran yang bersih serta stabil.

(Datuk Husain Awang)

"Memberi satu motivasi kepada kita dan untuk meyakinkan kita untuk bekerja dengan lebih kuat dan berhati-hati dan waspada terhadap keyakinan yang ditunjukkan anak muda," katanya.

Selain parlimen Marang yang merupakan kubu kuat PAS, turut mencatat majoriti lebih 40,000 undi adalah, Parlimen Kuala Terengganu.

PAS turut merampas kembali kerusi Besut dan Hulu Terengganu.

Terengganu menyaksikan pertandingan empat penjuru di semua kerusi parlimen kecuali Dungun dengan pertandingan lima penjuru.

Media Baharu