Agong kurnia watikah pelantikan ahli MAIWP sesi 2026–2028

Sesi pengurniaan watikah pelantikan ahli MAIWP bagi sesi 2026–2028 di Istana Negara hari ini

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada ahli-ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi sesi 2026–2028 di Istana Negara hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelantikan Pengerusi MAIWP: Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer; Timbalan Pengerusi Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee; Setiausaha Datuk Mohd Nizam Yahya.
  • Ahli MAIWP turut merangkumi Pengerusi PPZ MAIWP Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Mufti Wilayah Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil.
  • Termasuk Ketua Polis KL Datuk Fadil Marsus, Datuk Bandar Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, serta Abd Shukor Mahmood dan Anas Ahmad Zakie.

Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan watikah pelantikan Pengerusi MAIWP kepada Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, manakala Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Datuk Mohd Nizam Yahya sebagai Setiausaha MAIWP.

Majlis turut menyaksikan pengurniaan watikah pelantikan ahli MAIWP kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Seri Amrin Awaluddin, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood serta Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Jabatan Peguam Negara, Datuk Anas Ahmad Zakie turut menerima watikah pelantikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.