KUALA LUMPUR, 20 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini menjalani pemeriksaan dan pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini kerana gering di bahagian kaki.
Sehubungan itu, semua program dalam masa terdekat yang melibatkan keberangkatan Seri Paduka ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kelak.
(Foto fail)
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memakluman, kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
"Seri Paduka dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan. Rakyat diseru mendoakan semoga Seri Paduka dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan," katanya.