fb fb fb fb fb

Agong berkenan terima menghadap KSN baharu

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara/Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara hari ini.

Menurut hantaran dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Shamsul Azri merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam.

Turut hadir pada pertemuan itu adalah bekas KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Shamsul Azri menggantikan Mohd Zuki yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos.

Sebelum ini, Berita RTM melaporkan Shamsul, 55, berkelulusan ljazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).

Shamsul pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Pentadbiran Kerajaan Negeri.

GRACE AISYAH KEDAYAN