fb fb fb fb fb

Agong berkenan sampaikan Anugerah Kepimpinan dan Keusahawan Hokkien Malaysia

 (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah
kepada Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporations Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai pada
Majlis Makan Malam Anugerah Keusahawanan Hokkien Peringkat Kebangsaan) 

KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam bersempena sambutan ulang tahun Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia ke-65, di sini malam tadi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda diiringi Menteri Pengangkutan; Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Ti Lian Ker serta Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia; Tan Sri Lim Hock San.

Pada majlis tersebut, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan Anugerah Keusahawanan Hokkien Peringkat Kebangsaan kepada para penerima anugerah.


(Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama penerima
anugerah ketika berangkat tiba ke Majlis Makan Malam Anugerah Keusahawanan Hokkien
Peringkat Kebangsaan)

Duta Khas Perdana Menteri ke China, Datuk Seri Tiong King Sing adalah antara penerima anugerah yang diiktiraf atas kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan negara.

Ditubuhkan pada tahun 1957, Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia kekal berdaya tahan dan meneruskan komitmen dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti Hokkien.

Persekutuan itu bertekad meningkatkan tahap pendidikan dan pembangunan budaya serta meneruskan aktiviti dermawan bagi memberi manfaat seluasnya kepada masyarakat.

Media Baharu