fb fb fb fb fb

Agong berkenan saksi persembahan demonstrasi antikeganasan PDRM



KUALA LUMPUR, 7 Februari-
Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan persembahan demonstrasi antikeganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Demonstrasi dijayakan oleh 220 anggota daripada pelbagai unit PDRM.

Baginda dipersembahkan dengan tarian perang oleh Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), aksi tembakan oleh penembak hendap Unit Tindakan Khas (UTK) serta demonstrasi menyelamat mangsa penculikan oleh Unit Anjing Pengesan (K9).

Acara kemudian diteruskan dengan pameran aset keselamatan milik PDRM.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Media Baharu