fb fb fb fb fb

Agong berkenan rasmi sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022

Foto Bernama

PAHANG, 22 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan 2022 di Kuantan, Pahang.

Seri Paduka diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.


(Foto Bernama)

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

HASN 2022 disambut setiap 21 Oktober setiap tahun mengekalkan tema ‘Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama’ dengan slogan ‘Menyantuni Alam Sekitar dan Keluarga Malaysia’.

Ia bertujuan menyeru semua pihak bersama-sama menjadi `mata dan telinga’ memulihara alam sekitar dan mencegah jenayah alam sekitar.

Sempena sambutan HASN 2022, pelbagai aktiviti dianjur antaranya pertandingan mewarna, pertandingan reka cipta bahan kitar semula dan pengumpulan buangan kitar semula.

Turut dianjur Kempen Hindari Plastik Sekali Guna, pelancaran buku Islam dan Alam Sekitar serta penyampaian Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2020/2022.

Media Baharu