fb fb fb fb fb

Agong berkenan berangkat ke Majlis Tahlil dan Istiadat Ziarah Makam Diraja

PEKAN, 14 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil dan Istiadat Ziarah Makam Diraja sempena istiadat hari hol yang ketiga kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-musta'in Billah di Makam Diraja Pekan.

Baginda turut ditemani Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut berangkat Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan kerabat diraja Pahang.

Baginda yang tiba sekitar jam 11.10 pagi tadi disambut barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Pada majlis itu, bacaan Yassin dan tahlil diketuai Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Baginda turut menyiram air mawar dan menabur bunga rampai ke atas makam Almarhum Sultan Ahmad Shah serta beberapa makam kerabat diraja lain.


(Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ditemani ditemani Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah)

Media Baharu