fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir ucapan Hari Natal kepada penganut Kristian

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 25 Disember - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Seri Paduka Baginda, bertitah semoga perayaan ini dipenuhi dengan kegembiraan dan kehangatan.

ROSLINA BINTI DIN