LABUAN, 25 Disember - Seramai 61 kanak-kanak asnaf terpilih di Labuan Program Berkhatan Beramai-ramai anjuran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan, bersempena dengan musim cuti sekolah.
Yang Dipertua USIA Bahagian Labuan, Mohd Ali @ Aliman Asmaran Datuk Seri Mohammed Bledram berkata, program tahunan itu bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa serta memastikan proses berkhatan dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur.
"Setiap tahun kami mengatur keseluruhan pelaksanaan program ini dengan teliti dan alhamdulillah, sambutan serta pelaksanaannya sentiasa berjalan lancar dan berjaya.
"USIA Labuan menanggung sepenuhnya kos berkhatan bagi semua peserta, sekali gus membantu keluarga kurang berkemampuan yang terkesan dengan kos sara hidup," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Berkhatan Beramai-ramai di perkarangan Hospital Labuan di sini.
Program berkenaan daripada mendapat kerjasama daripada pihak Hospital Labuan, Klinik Kesihatan Labuan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.
Penganjuran program seumpama itu pada masa hadapan membolehkan lebih ramai golongan asnaf menerima manfaat, sekali gus memperkukuh aspek kebajikan dan kesejahteraan sosial mereka.