Agenda majukan negeri Johor, kerajaan negeri perlu selari dengan kerajaan persekutuan

MUAR, 4 September– Keselarian Kerajaan Johor dengan Kerajaan Persekutuan, penting bagi terus menjayakan agenda, memajukan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya berusaha mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, untuk menaiktaraf infrastruktur, bagi membuka peluang pendapatan kepada peniaga, serta menarik pelabur.


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Ini kerana keadaan infrastruktur, seperti jalan dan bekalan air yang baik, dapat memberikan keyakinan kepada para pelabur, untuk melabur dalam negeri, secara tidak langsung, meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Bahawa tidak mungkin, agenda untuk memajukan negeri, dapat diusahakan, tanpa bantuan daripada kerajaan pusat, itu realitinya tuan-tuan dan puan-puan, saya banyak memohon dengan kerajaan pusat, saya banyak berjumpa dengan perdana menteri, dengan menteri-menteri untuk turunkan peruntukan,” katanya ketika berucap demikian semasa di Parit Nawi, di sini.

Dalam pada itu, Datuk Onn Hafiz turut memaklumkan, Agenda Memakmurkan Golongan Muda, adalah antara perkara yang bakal ditikberatkan dalam Bajet Johor 2023.