fb fb fb fb fb

AFAFGIT mula dilaksana 1 Januari 2024

Ini bagi memudahkan pergerakan kenderaan barangan transit merentas sempadan, di kalangan negara anggota ASEAN / Foto Fail Bernama

PUTRAJAYA, 21 November - Asean Framework Agreement On The Facilitation Goods In Transit (AFAFGIT) akan mula dilaksana di Semenanjung mulai 1 Januari 2024.

Ini bagi memudahkan pergerakan kenderaan barangan transit merentas sempadan, di kalangan negara anggota ASEAN.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sebanyak 500 permit ASEAN Goods Vehicle Cross-Border (AGVCB) akan dikeluarkan sekali gus memberi peluang kepada syarikat-syarikat logistik tempatan untuk menembusi pasaran ASEAN. 

"Kalau sebelum ini memang tidak boleh pakai satu permit merentasi tiga negara atau satu permit kargo pelepasan tapi dengan adanya protokol ini syarikat-syarikat logistik ini dibenarkan beroperasi merentasi sempadan dua negara sehingga melibatkan tiga negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF), di sini.

Tambah Loke, pelaksanaan AFAFGIT di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan bermula setelah penyertaan Brunei, Indonesia dan Filipina dalam Sistem Transit Kastam ASEAN (ACTS).

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN