SHAH ALAM, 19 September- Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor diharap dapat menjalankan tugas dengan baik dalam Sidang DUN akan datang untuk rakyat dan negeri itu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting Lau Weng San dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mahu menjalankan tugas diamanahkan dengan adil tanpa berat sebelah.
"Saya harap pengalaman yang ada kepada semua ADUN dapat menjalakan tugas demi kebaikan rakyat dan perjalanan dewan," katanya selepas mesyuarat pertama angkat sumpah penggal pertama DUN Selangor ke-15 di Bangunan Anexx di sini.
Lau Weng San dicadangkan oleh ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dan disokong oleh ADUN Banting Papparaidu Veraman.
Sementara itu, ADUN Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin dipilih sebagai Timbalan Speaker Selangor.
Pada mesyuarat itu, seramai 56 ADUN termasuk 22 ADUN daripada Perikatan Nasional (PN) turut mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah.
Majlis angkat sumpah dimulakan dengan Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor kemudian disusuli 10 EXCO kerajaan Selangor.
(Lau Weng San)