SHAH ALAM, 19 September- 3.3 juta pengguna dijangka akan mendaftar CTOS Data System Sdn. Bhd menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Erick Hamburger yakin bahawa pertambahan yang signifikan dalam jumlah pengguna berdaftar akan berlaku memandangkan peningkatan yang positif sejak penubuhan organisasi tersebut.
Jelas beliau, pihaknya komited untuk membantu para pengguna dan peminjam untuk mencapai status kredit yang baik.
Penyediaan pendidikan kewangan juga penting dalam usaha tersebut.
"Saya rasa bahagian yang paling penting ialah pendidikan kewangan. Kami komited sebagai syarikat untuk membantu kedua-kedua pengguna dan peminjam untuk mendapat akses ke kredit yang baik.
Jadi, menghubungkan komuniti ini adalah tujuan kami. Kami percaya apabila orang ramai terlibat dan mendapat akses kepada kredit, kehidupan mereka akan lebih baik sekali gus membantu pembangunan negara," kata Erick kepada media selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara CTOS Data System Sdn. Bhd dan Kekal Impian Sdn Bhd.
(Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data System Sdn. Bhd, Erick Hamburger)
Dengan adanya kesedaran terhadap kepentingan pendidikan kewangan, status kredit negara akan lebih terjamin.