fb fb fb fb fb

Belanjawan Johor 2024, peruntukan khusus untuk orang Asli

(Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar,
Datuk Zahari Sarip)

JOHOR BAHRU, 19 September- Kerajaan Negeri Johor akan memberi peruntukan khusus untuk masyarakat orang Asli menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Johor 2024 pada bulan November ini.

Antara isu yang bakal dibangkitkan termasuklah bekalan air bersih, pembangunan, ekonomi, pendidikan, kebersihan dan keceriaan di kawasan perkampungan Orang Asli Johor.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, ia selaras dengan hasrat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan khususnya masyarakat Orang Asli.

"Saya percaya kerajaan negeri akan membuat pengumuman yang penting khusus tentang masyarakat orang Asli dalam pembentangan bajet nanti dan saya hendak mengundang wakil-wakil orang Asli untuk datang waktu pembentangan bajet nanti untuk mendengar kalau ada pengumuman-pengumuman penting khusus berkenaan orang Asli", katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Peningkatan Ekonomi Madani Peladangnita Negeri Johor 2023 di Institut Pengurusan Peladang, Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, terdapat 60 kampung orang Asli melibatkan kira-kira 30,000 penduduk di sekitar Johor.


(Foto hiasan)

Media Baharu